Komentar :
SURAU DARUL KARIM (23/06/2013 01:28)
SURAU DARUL KARIM di asaskan oleh jemaah wanita lebih kurang pada tahun1950 disebuah tapak kepunyaan seorang penduduk asal daripada Indonesia bernama Wak Said (kalau tak silap, beliau kembali ke Indonesia pada tahun 1960an dan tidak dapat dikesan. namun tapak tersebut masih wujud atas namanya) Imam pertama yang dilantik oleh ahli jemaah ialah almarhum Tuan Haji Abdul Rahman bin Junid seorang lepasan pondok dari Acheh. Walaupun beliau seorang keturunan Melayu tetapi beliau dapat diterima oleh masyarakat Jawa kerana ilmunya. Bapanya ialah seorang 'Syeikh Tariqat Naqsyabandi' Beliau memimpin jemaah sehingga lebih kurang akhir tahun 1960an sebelum mengalami keuzuran.
Kemudian Surau Darul Karim terbiar sehingga lebih kurang akhir tahun 1980an SDK dipindahkan ke tapak yang baru di atas tanah kepunyaan Hajah Juminah bt Sarpan dan Tuan Haji Supian bin Haji Pono. Selepas itu SDK dipimpin oleh almarhum Haji Mohd Amin bin Haji Syukur sehingga akhir hayatnya pada tahun 1990.
Pada masa ini SDK mula dikenali sebagai 'surau condong' kerana bangunannya terlalu uzur sehingga condong.(gambar akan menyusul).
Selepas tahun 1990, pengurusan SDK mula disusun semula walaupun tidak begitu besar, namun sudah cukup untuk menjadikan pembangunannya terarah dan mempunyai matlamat. Pengerusinya Tuan Haji Supian bin Haji Pono telah memberikan sokongan yang padu untuk pembangunan dan perkembangan aktiviti SDK. Bardasarkan Enakmen dan pekeliling MAIS yang meminta semua surau-surau di Selangor mewartakan tanah wakaf surau, Hajah Jumanah bt Sarpan isteri Tuan Haji Supian serta keluarga telah bersetuju untuk mewakafkan 100kp tapak surau sedia ada.
Berikutan dengan itu, usaha-usaha untuk membangunkan bangunan surau yang baru telah dijalankan secara giat. Kelulusan untuk mengutip derma dan amal jariah telah diperolehi daripada pihak MAIS. Kutipan derma daripada ahli kariah dan kariah-kariah surau lain di seluruh Selangor, Perak dan Negeri Sembilan telah dilakukan. Sumbangan-sumbangan daripada ahli koporat seperti Dato' Haji Syamsuddin (PANTAI HOLDING) dan penderma awam telah diperolehi. Walaupun sukar, namun sumbangan tetap diterima. MAIS telah menyumbang sebanyak RM50,000. Kos pembinanaan lebih kurang RM600,000.00