Komentar :
azam mahmood (22/12/2017 17:27)
Jumaat ditengah Bandaraya Johor Bahru
Masjid adalah tempat yang mulia dan tempat beribadat orang-orang Islam. Hanya perkara-perkara ibadat seperti bersembahyang, beriktikaf, majlis ilmu dan lain-lain perkara ibadat dan ketaatan yang boleh dilakukan di dalamnya. Oleh kerana masjid merupakan tempat ibadat maka perlulah ia dijaga terutama dari sudut kebersihan dan ketertiban.Bahkan dilarang masjid dicemari dengan bau busuk sebagaimana sabda baginda rasulullah s.a.w. dengan maksudnya:" Bahawa masjid ini tidak boleh dicemari oleh najis (al-bawl) dan kekotoran, kerana ia adalah tempat untuk berzikir kepada allah dan membawa Al-Quran " (Muslim).
Ini adalah bersesuaian dengan firman allah s.w.t.di dalam surah at-taubah, ayat 28 yang bermaksud : " Wahai orang-orang musyrik itu adalah najis maka jangan kamu benarkan mereka menghampiri Masjid Al-Haram".Daripada ayant ini sesetengah ulama memahami bahawa orang-orang musyrik tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid kerana keadaan mereka yang tidak bersih sebagaimana orang-orang perempuan yang haid tidak dibenarkan berada di dalam masjid.Sungguh pun keadaan masjid itu dianjurkan supaya dijaga kebersihannya, namun tidaklah pula digalakkan menghiasinya secara berlebih-lebihan sehingga menimbulkan perasaan riak dan takabur.Sabda rasulullah s.a.w. daripada Anas yang bermaksud:"Tidak akan berlaku kiamat sehingga masjid-masjid iti dihiasi untuk menunjuk-nunjuk"(Ahmad,Abu Daud dan An-Nasa'i). Sabda Nabi seterusnya daripada Ibnu Abbas yang bermaksud :" Aku tidak suruh meninggikan binaan masjid lebih daripada keperluan sebagaimana orang-orang Yahudi dan Nasrani menghiasi tempat-tempat ibadat mereka"(Abu Daud).Begitu juga dilarang di dalam masjid berlaku pergaduhan dan menggikan suara.Sebagaimana firman allah s.w.t.di dalam surah al-baqarah, ayat 191 yang bermaksud:" Janganlah kamu memerangi orang-orang kafir di dalam Masjid al-Haram sehingga kamu diperangi." Begitu juga di dalam surah al-Hujurat, ayat 2 yang bermaksud :" Dan janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi." Dalam hubungan ini rasulullah s.a.w. bersabda daripada Abu Sa'id al-Khudri yang bermaksud:" Nabi Muhammad s.a.w. beriktiraf di dalam masjid maka terdengar oleh Baginda suara kuat membaca al-quran, maka baginda pun menyelak tirai tempat iktirafnya sambil bersabda: "Tidakkah kamu semua sedang bermunajat kepada allah s.w.t., maka oleh itu janganlah menyakiti sesama kamu dan janganlah meninggikan bacaan al-quran sesama kamu"(Abu Daud, Al-Nasa'i,Al-Baihaqi dan Al-Hakim). Di samping itu tidak boleh melakukan perkara maksiat, manaburkan fitnah,memuji pemerintah yang zalim dan perbuatan keduniaan seperti berjual beli di dalam masjid.Namun begitu diharuskan bercakap mengenai perkara-perkara yang mudah yang berkaitan dengan urusan keduniaan di dalam masjid termasuk ketawa yang ringan.Begitu juga harus makan dan minum di dalam masjid dengan syarat tidak sampai mengotorkannya.
Mohsin Hasan Mumtaz (16/12/2017 20:14)
This masjid is located near mall. Peaceful environment over here, ladies prayer hall is seperate. Wudhu and toilet is downstairs. Well maintained by authorities. If you visit any masjid, please donate generously for the development and to run the expenses. It's sadqa e jariah (on going charity) even after death.
Norman Hafiz (15/08/2017 11:48)
Nearest mosque within the city center. Nice & simple interior. Love the smell 😍
Hajis Jaafar (24/06/2016 03:58)
>>>Alhamdulillah
@kenangan masa silam.....pertama kali solat di masjid ini 25 tahun lalu.
Dibina pada 1991 dengan kos RM500,000. Kini masjid telah dinaiktaraf untuk menampung sehingga 1,000 jemaah dalam satu masa. Solat Jumaat pertama pada 17 Januari 1992. Ia dibina serentak dengan Plaza Kotaraya, Johor Bahru dan terletak di tingkat 2 & 3 kompleks tersebut.
Mustaffa Abdullah (13/07/2014 07:03)
Excellect mosque located inside a shopping complex