Komentar :
aina saiful (14/05/2017 15:50)
Tiga alat inovatif menjadi asas panduan sesi pembelajaran dan pengajaran di Tadika ABS iaitu misi kewujudan tadika tersebut adalah untuk membawakan kebaikan kepada kanak-kanak menerusi tiga ‘peralatan’ unik iaitu, Teknik Nabi, Teknik Bahasa dan Budaya Melayu Tinggi, dan Modul Keusahawanan Abd. Rahman Auf (ARAF).
Biarpun menggunakan pendekatan Teknik Nabi sebagai salah satu cara atau peralatan bantu mengajar dalam proses pelajaran dan pembelajaran, namun Tadika ABS bukan dikategorikan sebagai tadika Islam, tetapi lebih kepada tadika bercorak universal yang menjadikan misi membawakan kebaikan sebagai sasaran utama tadika.