Komentar :
Fariz Bakar (13/06/2017 13:30)
Tenang.
Muslim Amad As-Senjawi (12/02/2016 03:06)
Tempat barakah. Pembimbing yang Mulia, Ustaz Firdaous.
Hussin Rahman (30/03/2015 06:13)
About
Pusat Bimbingan Al-Islah Pembelajaran/Tahfiz/Rawatan Al-Quran.
Mission
1. Melahirkan pelajar-pelajar membaca Al-Quran dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran.
2. Menanam kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala perintah-perintah Allah s.w.t berlandaskan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w ke seluruh permukaan alam.
3. Melahirkan pelajar yang berakhlaq mulia dengan berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. supaya menjadi seorang insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.
4. Mewujudkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang kepentingan beramal dengan agama Islam.
5. Melahirkan para daei’, alim ulama dan pemimpin yang mahir dengan 30 juzuk Al-Quran didalam hatinya dan mampu membimbing masyarakat dan umat sejagat kearah keredaan Allah s.w.t.
6. Melatih pelajar supaya berbakti kepada agama, ibubapa, masyarakat dan negara.
7. Pendidikan percuma bagi golongan yang memerlukan seperti yatim, fakir, miskin dan muallaf.
Description
Pusat Bimbingan Al-Islah berdaftar nombor: JM0586418K adalah sebuah syarikat berfungsi sebagai pusat pengajian swasta yang menawarkan pengajian, bimbingan agama khususnya kepada penghafalan Al-Quran sepenuh/separuh masa.
Penubuhan Al-Islah ialah dengan kesedaran pentingnya Al-Quran dalam sahsiah masyarakat, khususnya masyarakat muda dibumi nusantara.
Wujudnya pusat pendidikan seumpama ini memudahkan penduduk setempat dan kejiranan untuk mengambil faedah daripada Al-Quran.
Muslim Amad (12/02/2016 03:06)
Tempat barakah. Pembimbing yang Mulia, Ustaz Firdaous.