Search
Add Listing

About AkuaRiz

AkuaRiz is located at Lot 1531-B, tingkat 1, Kg Tapang, Jalan Hospital, Muara Kelantan, Sungai Mandau, Siak 15200. They can be contacted via phone at 0199102030 for more detailed information.

Produk berasaskan Ekstrak Gamat dengan Profil DNA yang lengkap untuk kesihatan tubuh badan manusia..

Tags

Description

Kenapa AkuaRiz®
Jenama AkuaRiz® berasal daripada gabungan perkataan "Akua", yang merujuk kepada air (aqua) dan laut di mana gamat emas atau timun laut emas sering dijumpai, dan perkataan "Riz" merujuk kepada penyelidikan gamat terkenal yang biasa dikenali sebagai "Bapa Gamat" iaitu Prof. Dato' Dr. Ridzwan Hashim.

Prof. Dato' Dr. Ridzwan Hashim dan pasukannya telah menjalankan penyelidikan ke atas timun laut (gamat) sepsies Stichopus horrens sejak 35 tahun duhulu. Kajiannya amat penting untuk mengenalpasti dan mengaitkan ciri-ciri spesies gamat yang mampu memberi nilai perubatan dan penyembuhan seperti yang dipercayai dalam bidang ubat tradisional sejak zaman nenek moyang.

AkuaRiz® adalah hasil daripada kajian sains selama beberapa dekad yang digabungkan dengan sistem pemprosesan produk yang ketat dan dikeluarkan oleh kilang GMP, dengan menggunakan kombinasi teknologi, kualiti dan innovasi. Produk kapsul Gamat Ekstrak AkuaRiz® adalah kapsul gamat yang pertama diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pasaran.

Dalam dunia perubatan integratif masa kini, perlu ada satu pendekatan menyeluruh ke arah kesihatan dan kesejahteraan yang merangkumi pencegahan dan perawatan penyakit. Makanan yang kaya dengan khasiat (sumber haiwan atau tumbuhan) seringkali menjadi kunci ke arah mengecapi kesihatan.

Bagi pengguna yang prihatin, pemilihan makanan tambahan sedemikian hendaklah bukan sahaja berasal dari sumber semula jadi, tetapi juga menitikberatkan teknologi pemprosesan dan pengilangan, bagi memastikan keberkesanan dan tahap khasiat bahan aktif tersebut terpelihara ketika diproses.

Timun laut adalah hidupan marin invertebrata yang berbadan lembut dan menghuni kawasan laut pasang-surut. Ia telah menjadi suplemen yang digunakan secara tradisional selama berkurun lamanya, terutama di Asia dan Timur Tengah. Timun laut juga dikenali dengan sebutan 'penyedut vakum dasar laut', 'trepang' atau 'beche-de-mer", telah menjadi sumber makanan tradisional di negara Timur, terutama China, Korea, Indonesia dan Jepun. Timun laut atau nama tempatan 'Gamat' adalah merujuk kepada spesies tertentu daripada Genus Stichopus Family Stichopodidae yang mempunyai nilai ubat-ubatan.

Topik penyelidikan tentang Stichopus horrens:
a. Pencaman spesies timun laut
b. Nilai dan manfaat pelbagai spesies gamat
c. Penentuan serta kepelbagian genetik gamat
d. Teknologi pemprosesan unik untuk pengekalan nilai khasiat gamat

Salah satu produk yang dihasilkan adalah KAPSUL GAMAT EMAS AKUARIZ.

Kapsul Gamat AkuaRiz® merupakan makanan tambahan yang semulajadi dan mudah diamalkan oleh individu-individu yang sibuk dan berkerjaya, baik lelaki mahupun perempuan agar dapat meneruskan gaya hidup yang sihat dan aktif. Seluruh seisi keluarga - kanak-kanak hingga warga emas, sama ada yang sihat, sedang sembuh daripada penyakit ataupun ataupun berpenyakit kronik, boleh memperoleh manfaat daripada aspek menguatkan sistem imun pertahanan badan, mengembalikan tenaga, memperbaik kesihatan sendi dan tulang, menyembuhkan luka dan mengekalkan kesihatan secara umum.

Menggalakkan kesihatan sendi dan mengurangkan rasa sakit lutut disebabkan oleh arthritis & tekanan
Meningkatkan sistem imun
Meningkatkan tenaga dan daya hidup
Memudahkan penyembuhan luka
Melancarkan peredaran darah
Menstabilkan tekanan darah
Pengimbangan komposisi gula dalam darah
Menjauhi ancaman ulser gastrik
Menggalakkan percambahan sel stem & keupayaan untuk mengurangkan kerosakan hati

GEL GAMAT

Ianya 100% gamat tulin yang berasaskan air agar mudah diserap apabila disapu pada kulit. Gel gamat AkuaRiz® boleh digunakan setiap hari sebagai penjagaan kulit memandangkan ia kaya dengan antioksidan, spektra galian yang luas dan vitamin E. Ia juga baik terutamanya sebagai pelembab kulit supaya kelihatan lembut. Sesuai untuk kulit berminyak dan boleh digunakan sebelum bersolek.

o Melegakan kesakitan akibat luka-luka kecil, terlecur dan gigitan kerana terdapat ciri-ciri anti-radang dan anti-kegatalan di dalam gamat
o Meredakan kesan selaran matahari (sun burn) dan mengurangkan
o kemerahan/kegatalan pada kulit kerana produk ini diperkayakan dengan aloe vera Menggalakkan pemulihan kecantikan kulit dan membantu memudarkan kesan parut kerana gamat mempunyai daya janaan semula yang tinggi
o Meningkatkan kecantikan kulit secara keseluruhannya kerana terdapat banyak bahan galian atau mineral terutamanya zink dan Vitamin E yang bermanfaat untuk kulit dalam gamat

KRIM PELEMBAB AKUARIZ

Krim Pelembap Intensif AkuaRiz® amat efektif dari segi menggalakkan penyembuhan luka. Ini mungkin disebabkan oleh komposisi bio kimia dan anti-oksida yang unik dalam produk ini . Krim Pelembap Intensif AkuaRiz® juga berkesan dari segi melegakan kesakitan & gatal, mengurangkan bengkak & untuk mengurangkan ketidakselesaan kulit atau kesan jangkitan kulit. Ini adalah disebabkan oleh kombinasi sinergi gamat & ekstrak haruan yang mempunyai anti-kesakitan, anti-radang serta kesan anti-bakteria yang tinggi . Gabungan ini juga memberikan kesan pelembapan yang efektif disebabkan oleh kekayaan kandungan asid lemak bebas yang sekaligus menjadikan krim yang sesuai untuk digunakan pada kulit kering & sensitif, khususnya untuk kerekahan kulit tangan , keretakan tapak & tumit serta kesakitan kaki .
Gabungan ini juga memberikan kesan pelembapan yang efektif disebabkan oleh kekayaan kandungan asid lemak bebas yang sekaligus menjadikan krim yang sesuai untuk digunakan pada kulit kering & sensitif, khususnya untuk kerekahan kulit tangan , keretakan tapak & tumit serta kesakitan kaki .

Membantu masalah kulit kering dan sensitif
Memberi pelembapan yang mudah diserap ke dalam kulit
Mengatasi masalah tangan dan tumit yang merekah
Melegakan ketidakselesaan akibat radang lampin bayi

Map

Add Reviews & Rate item

Your rating for this listing :